MERSING: Polis Johor menahan seorang tekong bot yang membawa empat warga asing yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, malam tadi.
Individu berkenaan ditahan kira-kira jam 11.30 malam, selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil bagi memberi keterangan.
Namun, dia kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine selesai menjalani ujian saringan air kencing.
"Pihak polis akan menyiasat. Kita akan menyiasat dari segi kelengkapan, peralatan menyelam mereka, juga tempat atau pusat menyelam, dan sebagainya.
"Kita akan siasat dan pasukan forensik juga akan sampai untuk membuat siasatan. Kalau ada apa-apa terjadi, kalau ada salah laku dan sebagainya, pun kita akan buat siasatan juga.
"Ya kita sudah menahan dia untuk membantu siasatan. Kita buat ujian air kencing dan didapati dia positif dadah," kata Kamarul Zaman di sini hari ini.
BACA: 4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
BACA: Operasi cari 4 penyelam warga Eropah hilang di Mersing ditangguh
Beliau ditemui ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) di Pengkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
Menurutnya, suspek berkenaan akan ditahan sehingga siasatan selesai.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.
Mereka dikenal pasti sebagai remaja lelaki warga Belanda berusia 14 tahun; lelaki warga Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun, dipercayai jurulatih menyelam.
Astro Awani
Thu Apr 07 2022
Kamarul Zaman berkata, tekong itu pada mulanya dipanggil bagi memberi keterangan tetapi kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan. - Foto Astro AWANI
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.
Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.
Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.
Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.
Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.
Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.
Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.
Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.
Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.